Tuesday, 20 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
PENGENALAN KOMUNIKASI VISUAL
Komunikasi visual ( komunikasi melalui penglihatan) adalah sebuah rangkaian proses
penyampaian informasi atau mesej kepada pihak lain dengan penggunaan media penggambaran yang hanya terbaca oleh deria penglihatan. Komunikasi visual menkombinasikan seni, lambang, tipografi, gambar, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan warna dalam penyampaiannya.
penyampaian informasi atau mesej kepada pihak lain dengan penggunaan media penggambaran yang hanya terbaca oleh deria penglihatan. Komunikasi visual menkombinasikan seni, lambang, tipografi, gambar, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan warna dalam penyampaiannya.
Komunikasi visual di dalam kelas memberi ruang kepada pelajar untuk menggambarkan sebuah perkataan atau 2 patah perkataan ke dalam sebuah kertas yang dibahagi 4. Di dalam acara siri TV, Win, Lose or Draw bintang tetamu diajak beradu dengan peserta dengan panduan host untuk memecahkan perkataan ke dalam gambar. Apabila gambar tadi boleh diteka, maka semakin baiklah komunikasi visualnya.
Lampu lalu lintas dan ikon-ikon di dalam program komputer adalah bentuk komunikasi visual sederhana, seperti juga ikon di dalam keyboard portable sound. Di jalan pun seperti zebra cross dan ikon motosikal berlaku hubungan komunikasi secara visual seperti logo syarikat dan tanda di jalan raya.
Pada majlis perkahwinan raja dan pada pakaian seragam pasukan, banyak elemen simbol yang boleh dianalisis dengan pengetahuan terlebih dahulu sebagai bentuk komunikasi visual. Simbol parachute troopers di dada Putera William,dan simbol mahkota (crown) di kereta kuda dan kereta sebagai kod komunikasi visual untuk level kerajaan. Pada zaman moden kod dan simbol itu menjadi kebudayaan baru dan budaya yang canggih, sehingga muncul sticker untuk perumahan dan universiti, lencana sebuah sekolah muzik, atau sekolah tentera khusus untuk remaja dan lencana untuk sebuah band.
Subscribe to:
Posts (Atom)