Pengenalan
Pada tahun 1982, komputer telah dipilih sebagai " Man Of The Year" oleh time magazine. Sejak itu pakar pendidik dan ahli politik pendidikan telah berusaha menggalakkan guru menggunakan komputer dalam urusan harian termasuk pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja pelajaran sains dan matematik malah pengajaran sains sosial ( Sejarah, Bahasa , Geografi, Ekonomi, Agama dan Anthoropologi)
Perisian yang digunakan dalam bentuk multimedia interaktif, ia bukan sahaja menarik tetapi juga dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk ini digalakkan. Untuk mencapai hasrat ini. Kita perlu memahami beberapa konsep yang berkaitan dengan penghasilan bahan multimedia interaktif. Setelah kita memahami konsep-konsep ini dan juga beberapa kekuatan, kita akan dapat menjalankan kerja-kerja penghasilan bahan multimedia interaktif dengan lebih baik.
Multimedia Interaktif
Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran
dan pembelajaran berkomputer.Antaranya teks,grafik,video, animasi, dan audio.
Tahap interaktif boleh dilihat daripada bentuk tindak balas oleh pengguna
terhadap komputer dan komputer terhadap pengguna.
- Menekan satu butang papan kekunci
- Mengklik butang tetikus
- Menaip perkataan menggunakan papan kekunci
- Membuat pilihan menggunakan tetikus atau papan
kekunci
Kekuatan Multimedia Interaktif
Terdapat beberapa kepentingan penggunaan
bahan-bahan multimedia interaktif kerana keberkesanannya dalam penyelidikan dan
pendidikan, antaranya ialah :
1. Meransang seluruh pancaindera
Dengan multimedia interaktif pengguna akan diransang untuk
membuka mata, telinga, jari jemari dan minda
sepanjang masa berinteraksi dengan komputer .
2. Kepelbagaian Strategi pengajaran pembelajaran
Perkembangan multimedia interaktif lebih menarik minatpengguna dan ia boleh mewujudkan kepelbagaian dalam kaedahpengajaran pembelajaran.
3. Meningkatkan kreativiti dan inovasi
Sesuai untuk mana-mana institusi pendidikan bagi meningkatkan minat pelajar kepada pelajaran
4. Menyediakan Idea-idea baru
Menyediakan idea baru secara bersendirian dan menyebar maklumat baru dan perisian baru menggunakan teknologi baru boleh di bina
5. Berinteraksi dan bertindak balas
Pengguna boleh berinteraksi dan bertindakbals dengan prisian.
6. Menjimatkan masa dan kos
Jimat masa dan kos kerana boleh digunakan berulang kali dan diubah suai.
7. Menyeragamkan Pengajaran
Pelajaran diseragamkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa
8. Meningkatkan Ingatan
Mengekalkan ingatan terhadap pelajaran melalui ciri multimedia dan latih tubi
9. Mengurangkan gangguan
Kurang gangguan fizikal dan mental kerana bersifat individu
10. Menyeronokkan
Terhasil daripada sifat multimedia , interaktif dan belajar sendiri .
No comments:
Post a Comment